Langsung ke konten utama

Tafsir Surah Lukman Ayat 13 - 19 ( Kitab Fi Zilalil Qur'an)


Hakikat siapakah Luqman yang dipilih oleh al-Qur’an sebagai jurucakap yang menerangkan persoalan-persoalan tauhid dan Akhirat telah diterangkan oleh berbagai-bagai riwayat-riwayat, ada riwayat yang mengatakan beliau itu seorang nabi dan ada riwayat yang mengatakan beliau hanya seorang hamba yang salih bukannya nabi. Kebanyakan Mufassirin berpegang dengan riwayat yang kedua ini. Kemudian dicerita pula bahawa beliau adalah seorang hamba bangsa Habsyah, dan ada pula cerita  mengatakan beliau seorang yang berasal dari Nubah (di Timur LautAfrika).

Begitu juga ada cerita yang mengatakan beliau hidup dalam kalangan Bani Israel sebagai salah seorang dari hakim-hakim mereka. Walau bagaimanapun hakikat beliau, namun al-Qur’an telah menjelaskan bahawa beliau telah dikurniakan Allah hikmat yang isi kandungan dan tujuannya ialah bersyukur  kepada Allah, “dan sesungguhnya Kami telah mengurniakan hikmat kepada Luqman (dia berkata) Bersyukurlah kepada Allah”, ini adalah bimbingan al-Quran secara tidak langsung supaya bersyukur kepada Allah sebagai mencontohi Luqmanul-Hakim yang telah dipilih untuk mengemukakan kisahnya dan perkataannya. 
Di samping bimbingan secara tidak langsung ini terdapat pula satu bimbingan yang lain, iaitu kesyukuran kepada Allah merupakan satu bekalan yang berguna kepada orang yang bersyukur, sedangkan Allah terkaya darinya. Allah itu terpuji dengan zat-
Nya walaupun tidak dipuji oleh sesiapa pun dan makhluk-Nya:

( وَمَن يَشْ ُ كرْ َفإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَن َ كَفرَ َفإِنَّ اللَّهَ َ غنِيٌّ حَمِيدٌ ( 12
12. “Dan. barang siapa yang bersyukur, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya dan barang siapa yang kufur, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Kaya dan Maha Terpuji.”
Oleh itu orang yang paling tolol ialah orang yang tidak mengikut  hikmat ini dan tidak mengumpul modal bekalan yang seperti ini untukfaedah dirinya.

(Pentafsiran ayat 13)

Kemudian datang pula persoalan tauhid di dalam bentuk nasihat Luqmanul-Hakim kepada anaknya:

( وَإِذْ قَا َ ل ُلقْمَا ُ ن لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ َلا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ َلظُلْمٌ عَظِيمٌ ( 13
13. “Dan (kenangilah) ketika Luqman berkata kepada anaknya semasa memberi nasihat kepadanya: Wahai anakku! Janganlah engkau sekutukan Allah, sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar.”

Ini adalah satu nasihat yang jujur kerana tiada lain tujuan seorang bapa melainkan supaya anaknya mendapat kebaikan dan tiada sikap yang wajar bagi seorang bapa terhadap anaknya melainkan memberi nasihat. Di sini Luqmanul-Hakim melarang anaknya dan mempersekutukan Allah dengan alasan bahawa perbuatan syirik adalah suatu yang amat besar. Beliau  menekankan hakikat ini dua kali. Sekali dengan mengemukakan larangan dan menjelaskan alasannya dan sekali lagi dengan menggunakan kata-kata  penguat iaitu “inna” dan “lam” pada “lazulmun”. lnilah hakikat yang dikemukakan Nabi Muhammad s.a.w. kepada kaumnya lalu mereka  mempertikaikannya dan mengatakan penceritaan ini sebagai ada udang disebalik hatu. Mereka takut penceritaan ini bertujuan untuk mencabut  kekuasaan mereka dan menunjukkan kelebihan ke atas mereka. Apakah yang  ada pada nasihat Luqmanul-Hakim yang dikemukakan kepada anaknya? Tidakkah nasihat seorang bapa kepada anaknya itu bersih dari segala  keraguan dan jauh dari segala sangkaan yang buruk? Sebenarnya itulah hakikat yang amat tua yang disebut oleh setiap orang yang dikurniakan Allah pengetahuan hikmat yang bertujuan semata-mata untuk kebaikan bukannya  tujuan yang lain darinya. lnilah penerangan psikologi yang dimaksudkan disini.

(Pentafsiran ayat-ayat 14 - 15)

Di bawah bayangan nasihat bapa kepada anak, al-Qur’an menjelaskan hubungan di antara dua ibu bapa dan anak-anak dengan uslub yang amat halus. Ia menggambarkan hubungan itu dengan satu gambaran yang menarik, penuh mesra dan lemah lembut, namun demikian hubungan ‘aqidah adalah tetap diutamakan dan hubungan darah yang erat itu:

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَا َ ن بِوَالِدَيْهِ حَمََلتْهُ ُأمُّهُ وَهْنًا عََلى وَهْنٍ وَفِصَاُلهُ فِي عَامَيْنِ َأنِ اشْ ُ كرْ  لِي وَلِوَالِدَيْكَ إَِليَّ الْمَصِيرُ 
14. “Dan Kami telah menyuruh manusia supaya berbakti kepada dua orang tuanya. Dia telah dikandung ibunya yang mengalami kelemahan demi kelemahan dan masa lepas susunya dalam dua tahun. Bersyukurlah  kepada-Ku dan kepada dua ibu bapa engkau dan kepada-Ku tempat
kembali.”

وَإِن جَاهَدَاكَ عَلى َأن تُشْرِكَ بِي مَا َليْسَ َلكَ بِهِ عِلْمٌ َفَلا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوًفا وَاتَّبِعْ سَبِي َ ل مَنْ َأنَابَ إَِليَّ ُثمَّ إَِليَّ مَرْجِعُكُمْ َفُأنَبُِّئ ُ كم بِمَا ُ كنتُمْ( تَعْمَُلو َ ن 


15. “Dan jika mereka berdua mendesak engkau supaya mempersekutukan-Ku dengan sesuatu yang engkau tidak mengetahui, maka janganlah engkau  ta’atkan kedua-duanya dan sahabatilah kedua mereka dengan baik di dunia ini, dan ikutilah jalan orang-orang yang kembali kepada-Ku, kemudian kepada-Kulah tempat kembali kamu dan Aku akan memberitahu kepada kamu segala perbuatan yang telah dilakukan kamu.”

Perintah kepada anak-anak supaya berbuat baik kepada ibu bapa  berulang-ulang kali disebut di dalam al-Qur’anul-Karim dan di dalam suruhan-suruhan Rasulullah s.a.w., tetapi perintah kepada ibu bapa supaya  berbuat baik kepada anak-anak hanya disebut sedikit sahaja dan  kebanyakannya mengenai peristiwa menanam anak hidup-hidup, iaitu satu peristiwa tertentu yang berlaku di dalam suasana-suasana tertentu. Ini disebabkan kerana fitrah semulajadi sahaja sudah cukup untuk mendorong ibu bapa mengambil berat terhadap keselamatan anak-anaknya. Fitrah semulajadi memang didorong ke arah melindungi generasi baru untuk menjamin kesinambungan hayat sebagaimana yang dikehendaki Allah. Ibu bapa akan mengorbankan tubuh badan mereka, saraf mereka, umur mereka  dan segala sesuatu yang mahal yang dimiliki mereka demi kepentingan anakanak mereka. Mereka membuat pengorbanan-pengorbanan itu tanpa bersungut atau mengadu, malah tanpa kesedaran mereka, malah mereka berkorban dengan cergas dan senang hati seolah-olah merekalah yang menerima. Pendeknya fitrah semulajadi sudah cukup untuk mendorong ibu bapa menjaga anak-anaknya tanpa perintah, cetapi kepada si anak pula ia perlu diperintah berulang-ulang kali supaya memberi perhatian kepada generasi ibu bapa yang berkorban dan yang berundur ke belakang hayat setelah mencurahkan usia dan jiwa mereka kepada generasi baru yang  menghadapi masa depan hayat. Si anak tidak dapat menggantikan separuh pengorbanan yang telah dilakukan orang tuanya walaupun dia memberi seluruh umurnya untuk mereka. Gambaran menarik di dalam ayat “dia telah  dikandung ibunya yang mengalami kelemahan demi kelemahan dan masa lepas susunya dalam dua tahun” adalah menggambarkan bayangan dan pengorbanan mereka yang luhur itu. Si ibu sudah tentu menanggung habuan pengorbanan yang lebih besar dan dmelakukanpengorbanan itu dengan perasaan kasih mesra yang lebih hebat, lebih mendalam, lebih lembut dan halus.

Al-Hafiz Abu Bakr al-Bazzar telah meriwayatkan dalam musnadnya dengan sanadnya dari Burayd dari bapanya bahawa seorang lelaki mengerjakan tawaf dengan mendukung ibunya lalu dia bertanya Nabi s.a.w.:
“Adakah saya telah membayar haknya (ibunya) beliau: “Tidak, tidak, walau senafas pun”. Demikianlah dia tidak dapat membalas budi ibunya walau senafas pun dan masa ia mengandung atau masa dia bersalin. Dia mengandungnya dengan mengalami kelemahan demi kelemahan.

Di bawah bayangan gambaran yang penuh mesra itu, al-Quran menyuruh manusia supaya bersyukur kepada Allah selaku Pengurnia ni’mat yang pertama dan berterima kasih kepada ibu bapa selaku pembuat budi atau pemberi ni’mat yang kedua. Al-Quran mengatur kewajipan, mula-mula bersyukur kepada Allah kemudian berterima kasih kepada dua ibu bapa:

َأنِ اشْ ُ كرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ
14. “Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua ibu bapa engkau”
kemudian ia kaitkan hakikat ini dengan hakikat hari Akhirat “dan kepada- Ku tempat kembali”, di mana bergunanya modal bekalan amalan bersyukur itu.
Tetapi hubungan dua ibu bapa dengan anak itu walaupun begitu erat mesra dan mulia namun dalam susunan tertib ia hanya menduduki tempat yang kedua selepas hubungan ‘aqidah. Baki perintah kepada manusia dalam hubungan mereka dengan ibu bapa ialah:

وَإِن جَاهَدَاكَ عَلى َأن تُشْرِكَ بِي مَا َليْسَ َلكَ بِهِ عِلْمٌ َفَلا تُطِعْهُمَا
15. “Dan jika mereka berdua mendesak engkau supaya mempersekutukanKu dengan sesuatu yang engkau tidak mengetahui,  maka janganlah engkau ta’atkan kedua-duanya.”
Sampai di sini gugurlah kewajipan ta’at kepada dua ibu bapa, dan di sinilah meningkatnya hubungan ‘aqidah mengatasi segala hubungan yang lain. Walau bagaimana hebat usaha, perjuangan, desakan dan penerangan yang dikemukakan oleh ibu bapa dengan tujuan memujuk si anak supaya mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang tidak diketahui ketuhanannya, maka dia diperintah supaya jangan ta’at kepada kehendak dua ibu bapa itu. Itulah perintah dan Allah selaku tuan punya hati yang pertama yang pasti ditaati Tetapi perbezaan ‘aqidah di antara anak dan ibu bapa, juga perintah supaya jangan menta’ati ibu bapa dalam perkara-perkara yang bertentangan dengan ‘aqidah, tidaklah menggugurkan hak ibu bapa dari mendapat layanan yang baik dan persahabatan yang mesra dari anak-anaknya:
تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوًفا
15. “Dan sahabatilah kedua mereka dengan baik di dunia ini.” Hidup dunia ini hanya merupakan satu perjalanan yang pendek yang tidak menjejaskan hakikat yang pokok:
وَاتَّبِعْ سَبِي َ ل مَنْ َأنَابَ إَِليَّ
15. “Dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku.” Itulah jalan orang-orang yang beriman.

ُثمَّ إَِليَّ مَرْجِعُكُمْ
15. “Kemudian kepada-Kulah tempat kembali kamu.” laitu selepas selesai perjalanan hidup dunia yang terbatas.
( َفُأنَبُِّئ ُ كم بِمَا ُ كنتُمْ تَعْمَُلو َ ن ( 15
15. “Dan Aku akan memberitahu kepada kamu segala perbuatan yang telah dilakukan kamu.”

Setiap orang akan menerima balasan dan amalannya iaitu amalan kufur atau bersyukur, syirik atau tauhid.Menurut riwayat, ayat ini juga ayat Surah al-’Ankabut yang sama dan ayat al-Ahqaf adalah diturun kerana peristiwa Saad ibn Abu Waqqas dengan Ibunya (sebagaimana saya telah jelaskannya di dalam juzu’ yang kedua puluh dalam Sura al-’Ankabut). Menurut riwayat yang lain, ayat ini diturun kerana peristiwa Sa’d ibn Malik. Ini diriwayatkan oleh at-Tabrani dalam kitab al-’Isyrah dengan sanadnya dari Daud bin Abu Hind. Kisah yang disebut dalam Sahih Muslim adalah dari hadith Sa’d ibn Abu Waqqas dan inilah riwayat yang lebih rajih. Maksud ayat ini adalah umum mencakupi segala keadaan yang sama. Ia mengatur hubungan-hubungan di samping mengatur kewajipan-kewajipan, iaitu hubungan dengan Allah merupakan hubungan yang pertama dan menjunjung perintah Allah merupakan kewajipan yang pertama Al-Qur’an menjelaskan dasar ini dan menekankannya pada setiap kesempatan dengan menggunakan berbagai-bagai cara supaya dasar ini tertanam di dalam hati orang-orang yang beriman dengan jelas tanpa sebarang keraguan dan kekaburan.

(Pentafsiran ayat 16)

Setelah selesai penerangan selingan di dalam nasihat Luqman kepada anaknya itu, al Qur’an menyambung pula nasihat Luqman yang berikut  untuk menjelaskan persoalan hari Akhirat dengan hisabnya yang amat halus dan balasannya yang amat adil. Tetapi hakikat hisab dan balasan ini tidak  dijelaskan secara bersendirian sahaja, malah dikemukakan di dalam ruangan alam buana yang luas dan dengan gambaran yang berkesan, yang membuat hati menggigil apabila ia menyedari ilmu Allah yang meliputi segala-galanya, iaitu ilmu Allah yang amat halus dan seni:

يَا بُنَيَّ إِنَّهَا إِن تَكُ مِثْقَا َ ل حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ َفتَ ُ كن فِي صَخْرَةٍ َأوْ فِي السَّمَاوَاتِ َأوْ  فِي الَْأرْضِ يَأْتِ بِهَا اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ َلطِيفٌ خَبِيرٌ ( 16

16. “Wahai anakku! Sesungguhnya jika sesuatu amalan itu hanya seberat biji sawi dan sekalipun ia tersembunyi dalam batu atau berada di laut atau di bumi nescaya ia akan dibawakan Allah. Sesungguhnya Allah  Maha Halus dan Maha Pakar.”

Tiada satu pengungkapan mengenai kehalusan dan kesyumulan ilmu Allah dan qudrat-Nya, juga mengenai kehalusan hisab dan keadilan pertimbangan Allah yang dapat mendampingi pengungkapan al-Quran ini.

ltulah kelebihan al-Quran yang penuh mukjizat, indah dan mendalam penerangannya12 . Sebiji sawi yang kecil, terbuang dan tiada nilai tersembunyi dalam sebiji batu yang pejal, ia tidak kelihaan dan tidak dapat dihubungi “atau berada di langit” iaitu di angkasa raya yang maha luas, di mana bintang yang besar kelihatan seperti sebiji noktah yang terapung-apung atau sebiji debu yang sesat “atau di bumi” Ia hilang tidak kelihatan di dalam debu-debu tanah dan batu-batunya “nescaya akan dibawakannya oleh Allah”yakni ilmu Allah tetap mengikutinya dan qudrat Allah tetap menangkapnya “sesungguhnya Allah Maha Halus dan Maha Pakar”. Ini adalah satu kesimpulan yang amat sesuai dengan pemandangan sesuatu yang tersembunyi dan seni. Daya khayal kita terus mengikuti biji sawi di tempat persembunyiannya yang amat dalam dan luas itu, dan menyedari bahawa ilmu Allah tetap mengikuti biji sawi itu hingga hati kita menjadi khusyu’ dan kembali kepada Allah Yang Maha halus dan mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi. Dan di sebalik itu tertanamlah hakikat persoalan hari Akhirat yang mahu ditanamkan oleh al-Quranul-Karim ke dalam hati manusia dengan cara penerangan yang amat menarik ini.

(Pentafsiran ayat 17)

Kemudian aI-Qur’an terus menceritakan nasihat Luqman kepada anaknya. Beliau membawa anaknya mengikuti langkah-langkah ‘aqidah setelah ia tertanam di dalam hatinya, iaitu selepas beriman kepada Allah yang tanpa sebarang sekutu bagi-Nya dan selepas yakin kepada hari Akhirat yang tidak diraguinya sedikit pun itu dan selepas percaya kepada keadilan balasan Allah yang tidak terlepas dari-Nya walaupun sebesar sebiji sawi. Ia membawa anaknya kepada langkah yang kedua iaitu bertawajjuh kepada Allah dengan ibadat solat dan menghadapi manusia dengan berdawah kepada Allah dan sabar memikul tugas-tugas da’wah dan kesulitannya yang pasti dihadapi:

يَا بُنَيَّ َأقِمِ الصَّلَاَة وَْأمُرْ بِاْلمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُن َ كرِ وَاصْبِرْ عََلى مَا َأصَابَكَ إِنَّ  َذلِكَ مِنْ عَزْمِ الُْأمُورِ 7

17. “Wahai anakku! Dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebaikan dan larangkan mereka berbuat kemungkaran dan sabarlah di atas kesusahan yang menimpa engkau. Sesungguhnya urusan sedemikian adalah dari urusan-urusan yang dilakukan dengan penuh keazaman.”

lnilah jalan aqidah yang tersusun iaitu mentauhidkan Allah, menyedari wujudnya pengawasan Allah, meletakkan harapan pada balasan yang disediakan di sisi Allah, percaya kepada keadilan Allah dan takut kepada balasan Allah, kemudian berpindah pula kepada kegiatan berda’wah, iaitu menyeru manusia memperbaiki keadaan diri mereka, menyuruh mereka  berbuat kebaikan dan melarang mereka berbuat kemungkaran. Dan sebelum menghadapi perjuangan menentang kejahatan itu, seseorang harus berbekal dengan bekalan utama iaitu bekalan ibadat kepada Allah, bertawajjuh kepada Allah dengan solat dan sabar menanggung kesulitan yang dialami oleh setiap penda’wah kepada agama Allah, iaitu kesulitan akibat dan kedegilan dan penyelewengan hati manusia, kesulitan akibat dan kelancangan lidah dan dari kejahatan tindak-tanduk manusia, juga kesulitan akibat dan kesukaran kewangan dan pengorbanan jiwa ketika diperlukan keadaan “sesungguhnya urusan sedemikian adalah dan urusan-urusan yang dilakukan dengan penuh ialah memotong jalan ragu-ragu (atau عَزْمِ الُْأمُورِ keazaman” Maksud dari menghapuskan sikap teragak-agak) setelah ditetapkan azam dan dikuatkan tekad.

(Pentafsiran ayat-ayat 18 - 19)

Kemudian Luqman menyentuh dalam nasihatnya adab cara berdawah kepada Allah bagaimana yang diceritakan oleh al-Qur’an di sini, kerana berda’wah kepada Allah tidak mengharuskan seseorang bersifat takbur terhadap manusia atau bersikap angkuh atas nama memimpin manusia ke arah kebaikan dan lebih-lebih lagi sikap angkuh tanpa berda’wah kepada kebaikan. Ini adalah lebih buruk dan lebih keji lagi:
وََلا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وََلا تَمْشِ فِي الَْأرْضِ مَرَحًا إِنَّ اللَّهَ َلا يُحِبُّ ُ كلَّ مُخْتَالٍ  فَخُورٍ 

18. “Dan janganlah engkau palingkan pipi engkau dari manusia (kerana takbur) dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan lagak yang angkuh. Sesungguhnya Allah tidak sukakan sekalian orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.”

Kata-kata “as-Sa’r” bererti sejenis penyakit unta yang membuat lehernya menjadi teleng. Uslub al-Quran telah memilih kata-kata ini untuk meliarkan manusia dari teleng angkuh yang serupa dengan teleng penyakit unta, iaitu gerak-geri sombong dan tidak menghiraukan manusia, lagak memaling muka menunjukkan kesombongan. Berjalan di bumi dengan lagak yang sombong ialah berjalan dengan gaya takbur dan tidak mempedulikan manusia, iaitu satu lagak yang dibencikan Allah dan dimarahkan manusia. Gerak-geri dan lagak yang seperti ini adalah membayangkan seseorang itu ditimpa penyakit takbur

“Sesungguhnya Allah tidak sukakan sekalian orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.”

Di samping melarang berjalan dengan lagak yang sombong al-Qur’an menerangkan cara berjalan yang sederhana dan mempunyai tujuan:

( وَاْقصِدْ فِي مَشْيِكَ وَا ْ غضُضْ مِن صَوْتِكَ إِنَّ َأن َ كرَ الْأَصْوَاتِ َلصَوْتُ الْحَمِيرِ ( 19
19. “Dan sederhanakanlah dalam gaya perjalananmu dan rendahkan suaramu. Sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai.”

Maksud sederhana di sini ialah gaya berjalan yang hemat, jimat dan tidak melampau, tidak membuang tenaga menunjuk-nunjukkan lagak dan lenggang-lenggoknya yang sombong, juga gaya berjalan yang mempunyai matlamat kerana perjalanan yang mempunyai tujuan dan matlamat itu tidak teragak-agak dan tidak berlenggang-lenggok malah terus menuju kepada tempat tujuannya dengan mudah dan lancar.

Merendahkan suara ketika bercakap membayangkan adab sopan dan kepercayaan kepada diri sendiri dan keyakinan kepada kebenaran dan kekuatan apa yang diucapkannya. Orang-orang yang biadab sahaja yang bercakap dengan suara yang keras dan bahasa yang kesat atau orang-orang yang ragu-ragu terhadap nilai perkataannya atau terhadap nilai dirinya sendiri lalu dia berusaha melindungi keraguannya itu di sebalik kata-katanya yang tajam, kasar dan keras.

Uslub al-Qur’an membidas perbuatan-perbuatan seperti itu dan menggambarkannya dengan gambaran yang hina dan buruk apabila ia mengulas: “Sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai” dengan satu pemandangan yang lucu dan menjijikkan serta menimbulkan perasaan benci dan memandang keji. Tidak mungkin bagi seseorang yang mempunyai  hati yang memahami gambaran yang lucu di sebalik pengungkapan yang indah ini kemudian ia cuba meniru suara keldai itu.
Demikianlah berakhirnya pusingan yang kedua setelah selesai memperkatakan persoalan yang pertama dengan penerangan dan uslub yang baru.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Penafsiran Surah Al-Fatihah dalam Kitab Jalalaini

Al-Faatihah 001. (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang) 002. (Segala puji bagi Allah) Lafal ayat ini merupakan kalimat berita, dimaksud sebagai ungkapan pujian kepada Allah berikut pengertian yang terkandung di dalamnya, yaitu bahwa Allah Taala adalah yang memiliki semua pujian yang diungkapkan oleh semua hamba-Nya. Atau makna yang dimaksud ialah bahwa Allah Taala itu adalah Zat yang harus mereka puji. Lafal Allah merupakan nama bagi Zat yang berhak untuk disembah. (Tuhan semesta alam) artinya Allah adalah yang memiliki pujian semua makhluk-Nya, yaitu terdiri dari manusia, jin, malaikat, hewan-hewan melata dan lain-lainnya. Masingmasing mereka disebut alam. Oleh karenanya ada alam manusia, alam jin dan lain sebagainya. Lafal 'al-`aalamiin' merupakan bentuk jamak dari lafal '`aalam', yaitu dengan memakai huruf ya dan huruf nun untuk menekankan makhluk berakal/berilmu atas yang lainnya. Kata 'aalam berasal dari kata `alaamah (tanda) mengingat ia ...

Tafsir Surah Al-Fatihah dalam Kitab Al-Muntakhab

Makkiyyah, 7 ayat Surat al-Fâtihah ini termasuk kelompok surat Makkiyyah yang turun di Mekah sebelum hijrah. Disebut al- Fâtihah (pembuka), karena letaknya yang berada urutan pertama surat-surat al-Qur'ân. Surat yang pertama diturunkan secara lengkap di antara surat-surat yang ada dalam al-Qur'ân ini merupakan intisari dari seluruh kandungan al-Qur'ân yang kemudian diperinci oleh surat-surat sesudahnya. Tema-tema pokok al-Qur'ân - seperti penjelasan tawhid dan keimanan, janji dan kabar gembira bagi orangorang mukmin, ancaman dan peringatan bagi orang-orang kafir dan pelaku kejahatan, tentang ibadah, kisah orang-orang yang beruntung karena taat kepada Allah dan sengsara karena mengingkari-Nya- semua itu tercermin secara singkat dalam surat ini. Oleh sebab itu, surat ini juga disebut dengan nama Umm al- Kitâb (induk al-Qur'ân). 1. Surat ini dimulai dengan menyebut nama Allah -satu-satunya Tuhan yang berhak disembah- yang memiliki seluruh sifat kesempurnaan dan tersu...

TAFSIR SURAH AL-ASHAR (KITAB FII ZILALIL QUR'AN)

TAFSIR SURAH AL-ASHAR (KITAB FII  ZILALIL QUR'AN) SURAH MASA Surah Masa Surah (103) - Makkiyah - 3 ayat بِسْمِ الّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih. ( وَالْعَصْرِ ( 1 1. Demi masa! ( إِنَّ الْإِنسَا َ ن َلفِي خُسْرٍ ( 2 2. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. ( إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ( 3 3. Kecuali orang yang beriman dan melakukan amalan yang soleh serta saling berpesan supaya menjunjung ajaran (Allah) yang benar dan saling berpesan supaya bersikap sabar. Dalam surah yang kecil, yang mengandungi tiga ayat ini tergambar satu peraturan hidup yang sempurna bagi manusia sebagaimana yang dikehendaki Islam. Sifat-sifat pokok kefahaman keimanan serta hakikatnya yang agung dan syumul adalah tergambar begitu jelas dalam surah ini. Ia meletakkan seluruh perlembagaan Islam dalam beberapa ungkapan yang...